Orang awam yang ingin mendaftar sebagai anggota Sukarelawan Pertahanan Awam, boleh berurusan di mana-mana pejabat Pertahanan Awam yang berdekatan. Sukarelawan Pertahanan Awam pada dasarnya ialah melatih orang awam dalam menghadapi bencana/operasi samada sebelum, semasa atau selepas peperangan/aman. Melakukan tugas-tugas menyelamat semasa bencana, operasi menyelamat dan tugasan pejabat. Melatih seramai mungkin orang awam mengenai ilmu Pertahanan Awam.
Syarat-syarat menjadi anggota Sukarelawan Pertahanan Awam:
– Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
– Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal.
Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR.
Tidak menyertai badan beruniform yang lain.
Berminat menjalankan tugas secara sukarela.
Faedah Menyertai Anggota:
Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)
Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana
Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi
Belajar tatacara berpakaian seragam
Dapat belajar seni mempertahankan diri
Dapat belajar membaca peta dan kompas
Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas
Dapat belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending
Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)
Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
Dapat belajar asas kebombaan
Dapat belajar asas menyelamat
Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik untuk situasi kemalangan
Permohonan Sebagai Anggota Sukarelawan:
APM mengalu-alukan orang awam yang berminat dan memenuhi syarat untuk menganggotai Sukarelawan Pertahanan Awam dan seterusnya mengenal ilmu Pertahanan Awam.